Lenggeng, 19 April 2018 - Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM telah membuat lawatan kerja ke kawasan Projek Sumber Mineral Berlogam di Hutan Simpan Setul, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri kerja-kerja yang dilakukan untuk Penilaian Bijih Timah Primer di kawasan projek. Turut serta dalam lawatan ini adalah Ketua Unit Sumber Mineral, Encik Azizan Ali dan Ketua Unit Lombong dan Kuari, Encik Hairul bin Mohamed Shaharudin.