JELEBU, NEGERI SEMBILAN, 17 Oktober 2018 - Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM telah membuat lawatan kerja ke tapak penggerudian bagi Projek Penilaian Sumber Bahan Binaan di Bukit Batu Hangus, Jelebu, Negeri Sembilan. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau kemajuan pelaksanaan projek tersebut. Turut serta dalam lawatan ini adalah Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Encik Azizan Ali dan Timbalan Pengarah Unit Lombong dan Kuari, Encik Hairul bin Mohamed Shaharudin.
Pengarah JMG NSM Bersama TP (SM) dan TP (LK) semasa lawatan ke tapak penggerudian.
Penggerudian yang sedang dijalankan di Bukit Batu Hangus, Jelebu.