SEREMBAN, 2 Disember 2019 - JMG NSM dengan kerjasama AKRAB JMG NSM telah menganjurkan satu program Jom Derma 2019. Program dengan slogan Semurni Jiwa & Kasih ; Anda Menyumbang, Kami Menyalurkan adalah bertujuan untuk mengumpul sumbangan untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan. Antara sumbangan yang diperlukan adalah seperti beras, gula, tepung gandum dan sebagainya.
Justeru itu, sebagai tanda permulaan program ini, satu perasmian telah diadakan di pejabat JMG NSM dan telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah JMG NSM, En Joanes bin Muda. Diharap program ini mendapat sambutan dari semua kakitangan JMG NSM dan dapat membantu golongan yang kurang berupaya disekitar kawasan Seremban.