MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH KENAIKAN PANGKAT GRED 54

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH KENAIKAN PANGKAT GRED 54

BERJAYA HILLS, PAHANG, 13 Oktober 2018 - Satu majlis ringkas Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Gred 54 secara hakiki kepada pegawai-pegawai kanan JMG telah diadakan di Hotel Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG Malaysia. Majlis itu diadakan selepas saja tamat Mesyuarat Pemantauan Prestasi Kemajuan Projek Pembangunan Jabatan. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 12-13 Oktober 2018 dan dihadiri oleh Pengarah-pengarah JMG Negeri dan pengarah-pengarah kanan Jabatan.

En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menerima watikah dalam majlis tersebut. Warga JMG NSM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah NSM atas penerimaan watikah tersebut.

blog201811

Para penerima watikah kenaikan pangkat Gred 54.

blog201810

Ahli-ahli Mesyuarat Pemantauan Prestasi Kemajuan Projek Pembangunan Jabatan.

Written by : norhayati_mr