Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub & SPATR di Pasoh

Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub & SPATR di Pasoh

Pasoh, Negeri Sembilan, 10 April 2018 - Satu Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub & SPATR telah diadakan di Gua Pelangi, Hutan Simpan Pasoh, Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus pada 10hb April 2018.

Majlis ini adalah anjuran bersama Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Jalaluddin Bin Haji Alias, mantan ADUN Pertang. Beberapa agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, pemimpin-pemimpin masyarakat dan komuniti di sekitar Felda Pasoh 4 telah hadir di majlis ini. Turut hadir ke majlis ini ialah En. Hisamuddin Termidi, Pengarah Ekonomi Mineral yang mewakili Datuk Ketua Pengarah JMG, En. Joanes Muda, Pengarah JMG Negeri Sembilan/Melaka dan beberapa orang kakitangan jabatan.

1

3

4

Kakitangan JMG NSM yang terlibat di dalam menjayakan majlis perasmian ini.

Written by : norhayati_mr