Seremban, 7 Mei 2018 - Sambutan Hari Pekerja peringkat JMG NSM telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG NSM pada jam 12.00 tengah hari pada hari ini. Seramai lebih kurang 25 orang kakitangan telah hadir ke majlis ini.
Antara tentatif program adalah Nanyian Lagu Negaraku, Lagu Perkhidmatan Awam, Lagu Negeri Sembilan dan Lagu JMG serta bacaan ikrar yang diketuai oleh En. Arif bin Minang. Majlis turut disertai dengan Ucapan Pengarah JMG NSM dan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan yang terlibat di dalam menjayakan Majlis Perasmian Telaga Tiub di Gua Pelangi, Pasoh pada bulan April yang lalu. Pengacara majlis pada kali ini adalah Puan Nurul Hijratul Faizira binti Abd Karim dan ketua bacaan doa adalah En Muhammad Nursafwan bin Mustafa.
Antara intipati ucapan Pengarah adalah : -
1) Pekerja harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagi meningkatkan produktiviti dan menjadikan hasil kerja lebih kompetatif.
2) Pekerja haruslah kreatif, inosatif, berdedikasi dan berintegriti
3) Mempunyai daya saing yang tinggi
4) Berusaha gigih dan mempertingkatkan produktiviti agar lebih maju, cekap, berdaya saing serta komited terhadap tugas. Mengamalkan sikap Kaizen (penambahbaikan berterusan) agar dapat melahirkan budaya kerja kelas pertama melalui latihan, pembelajaran berterusan, perkongsian pengetahuan dan maklumatsecara coacging and mentoring di kangan penjawat awam
5) Harus berpegang kepada etika perkhidmatan awam yang sentiasa menggalakkan anggota melakukan amalan dan sikap terpuji seperti ikhlas, mengamalkan nilai tambah dalam kerja, telus, berintegriti, cekap dan berkesan, mematuhi waktu bekerja serta fokus kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan.