Malaysia Quran Hour

Malaysia Quran Hour

    Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka (30 Ogos 2019). Sambutan Malaysia Quran Hour Peringkat JMGNSM telah dijalankan pada pukul 10.30 padi tadi. Bertempat di Bilik Mesyuarat Jurassic. Beberapa staf dan pelajar latihan industri telah melibatkan diri dalam program ini. 

    Pada tahun ini, Malaysia Quran Hour memilih Surah Al-Kahfi sebagai surah tema yang membawa panduan untuk menghadapi cabaran pada akhir zaman. Program ini juga merupakan salah satu daripada pengisian dalam kehangatan sambutan Hari Kemerdekaan ke-62, khususnya untuk anak-anak muda supaya mereka memahami erti sebuah kemerdekaan dan keamanan disulami dengan keimanan.

    Program ini tadi diisi dengan bacaan Surah Al Kahfi dan juga tayangan video ceramah Ustaz Jafri Abu Bakar yang menceritakan tentang Kelebihan Menghafal 10 Ayat Dari Awal Surah Al Kahfi.

 

Written by : norhayati_mr