Program Menawan Puncak 2.0 : Gunung Angsi

Program Menawan Puncak 2.0 : Gunung Angsi

Kuala Pilah, 1 Februari 2018 - Seramai 10 orang kakitangan JMG NSM telah berjaya menawan puncak Gunung Angsi di dalam Program Menawan Puncak 2.0 pada 1 Februari 2018 yang lalu. Program yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JMG NSM (KESMiG) bersama Unit Latihan JMG NSM ini adalah merupakan program pendakian yang kedua pada tahun ini selepas pendakian pertama di Gunung Datuk.

Gunung Angsi ini terletak di Tanjung Ipoh di dalam Daerah Kuala Pilah. Gunung yang mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki) ini merupakan salah satu daripada tarikan pelancong di kawasan Hutan Rekreasi Ulu Bendol, Kuala Pilah. Ianyer terbuka kepada mana-mana pelawat yang ingin membuat pendakian.

 

2c6f8c45-163b-4526-a95e-79a82e41d6a8

7c7b31db-115b-41f8-aaa5-1d8a6c87db50

62d7a7cb-bdb5-4038-9905-03157ed2fe08

122dec65-e658-46d6-ba21-fe61b7f45920

Written by : norhayati_mr