Perhimpunan Bulanan (Januari 2013)

11 Januari 2013 (Jumaat)bersamaan 28 Safar 1434 - Perhimpunan Bulanan(Januari 2013)telah diadakan dibilik mesyuarat JMG(M) NS/M. Pengerusi majlis telah memulakan ucapan aluan beliau dengan Ummul Kitab sebagai pebuka bicara. Majlis telah dimulakan bacaan Surah Yasin dan tahlil dan disedekahkan kepada yang umat islam yang baru dan lama meninggal terutama kepada staf JMG iaitu Ibu kepada Pn. Maznah Bt. Matsom JMG NS/M,Yusuf Bin Ismail Ibu Pejabat JMG, Suami kepada Mejah Birud JMG Sabah,Ibu Mertua kepada En Nor Effendy Norizan JMG Sabah. Majlis telah diteruskan dengan 1) Lagu Negaraku 2)Lagu Perkhidmatan Awam 3)Bacaan Ikrar 4)Pengucapan Awam Ucaptama majlis dimulakan oleh Tuan Pengarah JMG NS/M En. Mustafar B. Hamzah. Beliau telah memberikan beberapa kata azimat dan peransang kepada semua staf JMG NS/M antaranya: a) Selamat Menyabut Tahun Baru 2013 b) Berita tentang kematian dan keuzuran staf dan keluarga JMG c)Keselamatan Pejabat (Lantikan Pegawai untuk bertugas) d) Cuti e) Menepati Masa (Acara rasmi peringkat Jabatan, Negeri & Persekutuan). Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pn Rosni Bt Lokmannul Hakim menceritakan hasil ilmiah dan selingan gambar-gambar semasa berada di negara China selama sebulan atas tugas rasmi Sesi seterusnya adalah pengenalan Staf JMG NS/M yang baru iaitu En. Fawaz B. Zainal Abidin (Pegawai Kajibumi C41) Pihak majlis juga berbesar hati untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada semua staf JMG NS/M yang dilahirkan pada bulan JANUARI. Majlis bersurai

Written by : norhayati_mr