NILAI, NEGERI SEMBILAN (28 FEBRUARI 2019): Pada 28 Februari 2019, satu Seminar Kesedaran Industri Pengkuarian dan Perlombongan Negeri Sembilan dan Melaka anjuran JMG Negeri Sembilan dan Melaka telah diadakan di Nilai Springs Resort and Hotel, Nilai, Negeri Sembilan. Majlis perasmian seminar telah disempurnakan oleh En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM. Semua wakil pengusaha kuari dan lombong di Negeri Sembilan dan Melaka telah menghadiri seminar tersebut. En. Hairul bin Mohamed Shaharudin, Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari juga menghadiri seminar itu dan telah memberi taklimat bertajuk “Pengenalan Projek SDI: Penarafan Kemampanan Industri Pengkuarian dan Perlombongan Negeri Sembilan dan Melaka 2019 menggunakan SDI.