Program Sambutan Hari Inovasi 2017 dan Perhimpunan Bulanan JMG Pahang

Pada 30 November, JMG Pahang telah menganjurkan Sambutan Hari Inovasi 2017 dan Perhimpunan Bulanan JMG Pahang. Bagi pengisian Sambutan Hari Inovasi 2017, beberapa program dan pertandingan telah diadakan iaitu Anugerah Pekerja Contoh 2017, Keceriaan Pejabat, Poster Inovasi, Slogan Inovasi dan Pertandingan Fotografi yang diadakan sepanjang November 2017.

Aturcara program Sambutan Hari Inovasi 2017 dan Perhimpunan Bulanan bermula pukul 9 pagi dengan sesi pendaftaran dan sesi bergambar kakitangan JMG Pahang. Ia diikuti dengan bacaan doa, nyanyian Lagu Negaraku, Nyanyian Lagu Pahang dan Lagu JMG Malaysia. Bacaan Ikrar Perkhidmatan seterusnya disampaikan oleh En Sazrie Shahril Rezza bin Mohd Jali, diikuti oleh ucapan aluan oleh Pengerusi Hari Inovasi iaitu En. Mohammad bin Abdullah.

Program diteruskan dengan ucapan Dato’ Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman bin Ab. Majid. Beliau  telah menyampaikan beberapa amanat dan pesanan berkaitan perkara-perkara semasa yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang. Selanjutnya beliau menyampaikan amanat Hari Inovasi 2017 dari Ketua Pengarah JMG Malaysia, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi yang antara lain termasuk beberapa berita kejayaan jabatan dan perkembangan semasa jabatan, serta cabaran inovasi yang perlu diambil perhatian yang serius oleh kakitangan JMG Malaysia.

Sesi seterusnya ialah Pembentangan Poster Q yang disampaikan oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan JMG Pahang bertajuk Proses Q Sistem Cuti dan oleh Unit Sumber Mineral JMG Pahang dengan tajuk Carta Alir Proses Pengasingan Mineral Berat. Program diteruskan dengan persembahan tayangan video aktiviti JMG Pahang sepanjang 2017. Selepas tayangan video tersebut, Dato’ Pengarah telah menyempurnakan upacara penyampaian hadiah bagi semua pertandingan yang diadakan bersempena penganjuran Sambutan Hari Inovasi 2017 JMG Pahang ini.

Majlis selanjutnya diteruskan dengan demonstrasi penggunaan sistem drone di bawah kelolaan En Mohammad bin Abdullah. Sistem drone yang canggih ini merupakan aset terbaharu JMG Pahang yang diperolehi pada bulan November, yang berkait rapat dengan inovasi baharu jabatan. Drone ini antaranya telah dapat menunjukkan keupayaan mengambil gambar dan imej dari udara dengan baik, jelas dan stabil. Diharapkan aset terbaharu drone ini boleh digunakan dengan efisien dan efektif bagi membantu memudahkan urusan tugasan setiap unit di JMG Pahang

Program Sambutan Hari Inovasi 2017 dan Perhimpunan Bulanan JMG Pahang tamat dengan majlis jamuan tengahari pada pukul 2.00 petang.

Diharapkan Sambutan Hari Inovasi 2017 dan Perhimpunan Bulanan JMG Pahang dapat memberikan impak inovasi yang positif dan minda terbuka baharu bagi kakitangan JMG Pahang. Diharapkan kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang akan terus dapat dipupuk dan dieratkan sempena program ini.

 

IMG 5970a

 

IMG 6050aIMG 5979a

Written by : aznawi