Sesi Pendengaran Awam Prosedur Operasi Standard Pengurusan Perlombongan dan Pengeskportan Bauksit Pahang

Sesi Pendengaran Awam Prosedur Operasi Standard Pengurusan Perlombongan dan Pengeskportan Bauksit Pahang

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan – KUPM JMG Pahang

Bauksit

Kuantan, 14 April 2019 (8 Syaaban 1440H). Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia (KATS) telah menganjurkan sesi pendengaran awam dan libat urus menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Perlombongan dan Pengeskportan Bauksit di Pahang. Sesi pendengaran awam ini diadakan susulan keputusan kabinet pada 18 Feb 2019 berkenaan moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang tamat pada 31 Mac 2019.

Sesi pendengaran awam SOP tersebut berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.

dewan jubli perak

Antara tujuan dan objektif sesi pendengaran awam berkaitan dokumen SOP setebal 174 mukasurat ini ialah untuk mendapatkan makluman dan membuat penambahbaikan yang perlu serta relevan, dengan mengambil kira kepentingan orang awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak berkepentingan perlombongan, tanpa mengabaikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Dokumen SOP telah dirangka merangkumi semua aspek termasuk perancangan perlombongan, pengurusan tapak perlombongan bauksit, pengangkutan dan penguatkuasaan, pengurusan tapak stok dan pelabuhan serta prosedur pengeksportan bauksit.

Program bermula seawal 8.00 pagi dengan peserta diwajibkan oleh pihak Polis untuk membuat pendaftaran bertulis. Bagi peserta yang telah mendaftar awal secara online, semakan dilaksanakan oleh pihak pendaftaran. Pendaftaran berjalan dengan baik dengan kerjasama urusetia bertugas yang terdiri dari kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Pahang serta pihak KATS.

pendaftaran

kp dan ir

 Pengarah JMG Pahang Dato' Ir Azman bin Ab Majid bersama Ketua Pengarah  JMG Malaysia Dato' Hj Shahar Effendi bin Abdullah Azizi

ksu

Ketua Setiausaha KATS, Datuk Zurinah bt. Pawanteh

hadirin 1

hadirin 2

Sesi taklimat bermula pada pukul 9.00 pagi dengan taklimat khas dari Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohammad Noor bin Yusof Ali berkenaan peraturan dan polisi keselamatan sepanjang program pendengaran awam berlangsung.

pdrm

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohammad Noor bin Yusof Ali

Program diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Penilaian SOP Bauksit, Dato’ Prof Azizan bin Abu Samah. Beliau antara lain menyatakan fungsi dan tugasan jawatankuasa yang dipengerusikan beliau serta mengharapkan sesi pendengaran awam ini akan dapat memberikan maklumat tambahan yang terkini dan relevan bagi penambahbaikan dokumen SOP.

dr azizan

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Penilaian SOP Bauksit, Dato’ Prof Azizan bin Abu Samah

Sesi berikutnya merupakan taklimat penerangan dari jabatan dan agensi berkaitan perlombongan bauksit dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Pahang serta Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Taklimat dari JMG Malaysia telah disampaikan oleh Tn Hj Hisammuddin bin Termidi dari JMG Ibu Pejabat yang memberikan penerangan berkaitan prosedur kelulusan skim pengendalian melombong terutama berkaitan bauksit.

hjhisamuddin 

Tn Hj Hisammuddin bin Termidi

Sesi pendengaran awam bermula pada pukul 10.30 pagi dan dipengerusikan oleh Dato’ Sr Azimuddin bin Bahari, dahulunya mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang juga merupakan mantan Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Mineral dan Geosains (BMG) NRE.

mantansub

panel 1

panel 2

Sesi pendengaran awam berjalan dengan baik dan lancar tanpa adanya provokasi dan keriuhan yang berlebihan. Antara peserta yang mengutarakan pandangan dan pendapat ialah dari pihak-pihak universiti yang pernah menjalankan kajian di kawasan bauksit sekitar Kuantan, pakar-pakar alam sekitar, badan kesihatan, badan-badan NGO, pihak berkepentingan dari pelombong, pengusaha dan pemilik tanah, wakil-wakil penduduk dan persatuan peneroka dari Felda Bukit Goh dan Felda Bukit Kuantan serta ahli-ahli politik yang hadir.

hadirin3

Kebanyakan peneroka yang mengambil bahagian dalam sesi pendengaran awam itu mahukan kerajaan membenarkan semula aktiviti perlombongan bauksit diteruskan dalam tempoh segera kerana menyifatkan mereka sudah cukup 'menderita' disebabkan hilang punca pendapatan selepas kerajaan mengenakan tempoh moratorium sepanjang tiga tahun yang lalu.

hadirin4

Antara ahli politik yang turut menyuarakan pandangan mereka berkaitan draf SOP yang dirangka ialah YB Lee Chean Chung (DUN Semambu), YB Hj Andansura bin Rabu (DUN Beserah), YB Dato’ Sohaimi bin Md Shah (DUN Sg Lembing) dan Ahli Parlimen Kuantan merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, YB Hajjah Fuziah bt Salleh. YB Fuziah antara lain berharap kerajaan tidak akan berkompromi dengan soal kelestarian alam sekitar dan kesihatan awam apabila membenarkan aktiviti perlombongan bauksit itu dilaksanakan kelak.

 

yblee

 YB Lee Chean Chung

Dato Sohaimi

YB Dato' Sohaimi bin Md Shah

yb andansura

YB Hj Andansura bin Rabu

yb fuziah

YB Hajjah Fuziah bt Salleh

Secara umum, kebanyakan pandangan yang diutarakan memberikan reaksi positif berkaitan dokumen yang dirangka dengan banayak penumpuan perlu dibuat berkaitan aspek penguatkuasaan terutama penguatkuasaan semasa pengangkutan bauksit serta perlombongan bauksit itu sendiri. Pandangan dari penduduk dan persatuan dari Felda Bukit Goh lebih banyak tertumpu kepada bilakah perlombongan bauksit ini boleh dimulakan semula dan memohon agar perjanjian awal mereka dengan pihak pengusaha dan kontraktor dibuat semakan semula oleh pihak kerajaan.

Dato’ Prof Azizan bin Abu Samah selaku Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Penilaian SOP Bauksit dalam rumusan beliau menyatakan beliau berpuas hati dengan maklumbalas dan pandangan semasa sesi pendengaran awam. Beliau memaklumkan dokumen SOP akan dimuktamadkan pada akhir bulan April ini disebabkan terdapat penambahbaikan yang dirasakan relevan dan perlu terutama berkaitan keperluan penambahan keahlian dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau turut memaklumkan dokumen SOP tidak bersifat statik dan akan diperhalusi serta ditambah baik dari masa ke semasa bagi memastikan perlombongan bauksit memberikan kebaikan dan manfaat kepada semua pada masa ini dan generasi pewaris akan datang. Laman web e-aduan akan diwujudkan khusus bagi memantau laporan dan semua permasalahan membabitkan perlombongan serta pengangkutan bauksit.

Dr Azizan 1555234441

Sesi pendengaran awam Prosedur Operasi Standard Pengurusan Perlombongan dan Pengeskportan Bauksit di Pahang ini tamat dan ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.

kupm

KUPM JMG Pahang bersama YB Hj Andansura bin Rabu yang juga merupakan rakan senior semasa zaman sekolah #STJKPNS

jmgphg

 Sebahagian urusetia dari JMG Pahang

- sekian -

Written by : aznawi