Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019 dan Majlis Resepsi Perkahwinan JMG Pahang

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019 dan Majlis Resepsi Perkahwinan JMG Pahang

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Pada 30 Ogos 2019, bersamaan hari Jumaat, 29 Zulhijjah 1440H, telah dilangsungkan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019 JMG Pahang. Sekali lagi, bagi tahun 2019, bangunan JMG Pahang telah dihias indah dengan motif-motif dan bendera-bendera Malaysia dan Pahang sepanjang bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia pada Ogos dan September. Program berkenaan merupakan sebahagian dari program perhimpunan bulanan yang telah diatur oleh pengurusan utama JMG Pahang dan semua hadirin lelaki dimestikan mengenakan pakaian baju melayu lengkap untuk program tersebut.

Bersekali dan serentak dengan program sambutan tersebut, telah diadakan majlis resepsi perkahwinan pegawai dari Unit Sumber Mineral JMG Pahang, Cik Nafizah binti Md Padzin dengan pasangannya, En. Muhammad Azmi bin Mohammad Asri yang merupakan kakitangan Pekerja Sambilan Harian (PSH – Pegawai) JMG Pahang. Kedua-dua pasangan yang berasal dari Kedah Darul Aman telah mengadakan majlis resepsi di Jitra, Kedah, Darul Aman pada 17 Ogos 2019. Majlis resepsi di JMG Pahang diadakan bagi meraikan perkahwinan pasangan berkenaan yang sukar dihadiri di Negeri Kedah serta dirancang bagi meraikan pasangan tersebut yang saling berkenalan semasa di JMG Pahang.

Aturcara program perhimpunan bermula pada pukul 8.30 pagi dengan semua kakitangan berkumpul di ruang legar tingkat bawah JMG Pahang. Pengacara majlis perhimpunan bulanan kali ini ialah Puan Noor Aliah binti Noordin dari Unit Pentadbiran dan Kewangan (UPK) JMG Pahang.

p2

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En Nik Mohd Izzudin bin Nik Jaafar dai Unit UPK, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Pahang, Lagu JMG dan lagu terbaharu Malaysia Bersih. Nyanyian diakhiri dengan lagu Tanggal 31 Ogos yang dipopularkan oleh Seniman Allahyarham Dato’ Sudirman Hj Arshad sempena sambutan bulan kemerdekaan JMG Pahang. Kakitangan JMG Pahang telah bersama-sama menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh bersemangat, meriah dan penuh takzim.

p1

En Amin bin Mohamed pemandu kenderaan jabatan JMG Pahang kemudiannya membacakan ikrar perkhidmatan, sambil diiringi oleh semua kakitangan yang hadir.

 p3

p3aa

p3a

Program diteruskan dengan ucapan dan taklimat Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman b. Ab. Majid. Beliau memulakan ucapan dengan menyampaikan salam hormat penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan yang hadir walaupun dalam kesibukan tugas semasa semua kakitangan. Beliau seterusnya menyampaikan beberapa amanat dan pesanan ringkas terbaharu berkaitan perkembangan semasa yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang, antara lain termasuk perilaku disiplin, perkembangan berita jabatan yang diarahkan untuk menjadi sebuah lembaga serta halatuju yang dirancang untuk jabatan pada masa terdekat.

p4

p4a

Program selanjuitnya diteruskan dengan majlis resepsi perkahwinan Cik Nafizah dan En. Muhammad Azmi. Pasangan mempelai berkenaan dengan meriah telah diarak masuk mengguna kenderaan jabatan dengan diiringi rakaman alunan kompang ke bangunan JMG Pahang dan dipersilakan ke ruangan persandingan yang ditempah khas. Semua kakitangan JMG Pahang yang hadir telah dijemput untuk menepung tawar pasangan pengantin, dengan didahului oleh Pengarah JMG Pahang. Hadirin kemudiannya turut mengambil kesempatan merakamkan gambar detik gembira dan bersejarah kedua pasangan ini.

p5aa

p5a

p5b

p5d

p7

 

p9

 

p10

p11

Program diteruskan dengan acara memotong kek perkahwinan bagi pasangan pengantin dan memotong kek harijadi bagi kakitangan yang dilahirkan opda bulan Ogos.

p12

 

Majlis kemudiannya ditangguhkan dengan jamuan makan tengahari dengan juadah nasi briyani istimewa pada pukul 12.00 tengahari.

p14

Warga JMG Pahang merakamkan ucapan tahniah dan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat buat pasangan Cik Nafizah dan En Muhammad Azmi. Semoga Allah merahmati kedua pasangan mempelai, dimurahkan rezeki sentiasa dan dikurniakan zuriat yang soleh dan beriman….Amin.

p13

Semoga program yang dilaksanakan ini juga dapat sentiasa menambah baik kesepakatan, kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan dan terus menambahkan keceriaan tugasan kakitangan JMG Pahang secara khususnya.

- Sekian -

Written by : aznawi