Program Senamrobik, Hari Sihat dan Perhimpunan Bulanan Februari 2020 JMG Pahang

Program Senamrobik, Hari Sihat dan Perhimpunan Bulanan Februari 2020 JMG Pahang

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

f selesail

Pada 27 Februari 2020, bersamaan Khamis, 3 Rejab 1441 Hijrah, JMG Pahang telah menganjurkan Program Senamrobik, Hari Sihat dan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari 2020. Aturcara program dilangsungkan pada pukul 8.30 pagi dengan semua kakitangan berkumpul di perkarangan hadapan tempat letak kereta JMG Pahang. Prpgram dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh En Mohd Nazri bin Rosli dari Unit Perkhidmatan dan Kewangan JMG Pahang.

 a nazri

b doa

Program diteruskan dengan acara senamrobik oleh kakitangan JMG Pahang. Senamrobik ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah En. Shahruddin yang dijemput khas dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta turut dibantu oleh tiga pengiring beliau.

c hadirin

d hadirin

Senamrobik berlangsung selama hampir 45 minit dengan variasi menarik senamrobik light dance work-out dan light zumba. Walaupun jurulatih En Shahruddin merupakan pesara kerajaan dan berumur hampir 70 tahun, gerak atur senamrobik yang dikendalikan beliau dan pengiring beliau amat mengkagumkan dan mengujakan kesemua kakitangan JMG Pahang yang masih muda belia. Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan JMG Pahang yang berusaha mengikuti gerak atur senamrobik berkenaan dan diharapkan terus istiqomah melakukan senaman sendiri pada masa akan datang demi memelihara kesihatan.

 

 e aerobik1e aerobik1

e aerobik

e aerobik4

 

f selesai 2

f selesai 2

Selepas senamrobik, program berhenti rehat pada pukul 9.45 pagi untuk sesi sarapan pagi. Disebabkan mungkin terlalu bersemangat selepas melakukan senamrobik, ada kakitangan JMG Pahang yang kurang berselera untuk menjamah sarapan pagi enak yang disediakan…katanya dan kononnya….

Selepas sarapan pagi, semua kakitangan dijemput masuk ke Bilik Mesyuarat Nilam di Foyer Tingkat 1 JMG Pahang. Dato’ Pengarah JMG Pahang kemudiannya menyampaikan sumbangan penghargaan JMG Pahang kepada En. Shahruddin dan pengiring-pengiring beliau.

 g instructor

Program disambung dengan perhimpunan bulanan JMG Pahang bagi bulan Februari 2020. Pengerusi majlis perhimpunan bulanan kali ini ialah Pn Latifah binti Md Noor dari Unit Perkhidmatan dan Kewangan. Kedua-dua Pembantu Geosains baharu JMG Pahang iaitu En Muhammad Faris Afnan bin Hashim yang berasal dari Kelantan dan En. Muhammad Nizam bin Mohd Zuraini yang berasal dari Perak dipersilakan memperkenalkan diri masing-masing.

h latifah

 h farish faris

Semua kakitangan selanjutnya menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Pahang, Lagu Bebas Rasuah dan Lagu Rasmi JMG. En Amin bin Mohamed, pemandu kenderaan veteran JMG Pahang kemudiannya menyampaikan Ikrar Perhidmatan Penjawat Awam. Beliau dengan penuh bersemangat telah menyampaikan ikrar beliau dan disambut dengan semangat tinggi juga oleh semua kakitangan.

 i lagu 2

i amin

i ikrar

Program diteruskan dengan ucapan dan taklimat Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman bin Ab. Majid. Beliau memulakan ucapan beliau dengan mengucapkan tahniah atas ikrar penuh semangat yang disampaikan oleh En Amin bin Mohamed dan ikrar balas yang mengujakan daei seluruh kakitangan JMG Pahang. Beliau menyatakan Ini menunjukkan ada kesan positif dari aktiviti senamrobik yang baharu dilakukan oleh semua kakiitangan. Beliau menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada jurulatih senamrobik En Shahruddin dan semua pengiring beliau atas senamrobik yang telah dilaksanakan dengan baik dan berharap ia akan dapat diteruskan dari masa ke semasa pada masa hadapan. Beliau kemudiannya menyampaikan ucapan beliau berkenaan kesihatan, penjagaan kesihatan, kesihatan mental, jus maklumat dari Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri, perkembangan dan situasi semasa Malaysia serta perkembangan terbaharu jabatan. Beliau turut menyampaikan taklimat berhubung Aspirasi Ketua Setiausaha Negara dan perlunya penjawat awam untuk bersifat neutral dan mengutamakan kepentingan perkhidmatan yang perlu dihayati bersama oleh semua kakitangan JMG Pahang.

 i pengarah

Pengarah JMG Pahang kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada En Mohd Hairimy bin Abdul Rahim dari unit Lombong dan Kuari yang baharu memperolehi cahayamata beliau yang pertama di JMG Pahang.

 i hairimy

Program Senamrobik, Hari Sihat dan Perhimpunan Bulanan Februari 2020 JMG Pahang ini ditangguhkan dengan majlis makan tengahari dengan menu nasi berlauk daging salai pada pukul 12.45 tengahari.

Diharapkan program yang dilaksanakan ini dapat sentiasa menambah baik kesepakatan, kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang dan terus menambahkan keceriaann tugasan kakitangan di pejabat secara khususnya.

Written by : aznawi