Program Gotong Royong Memasak Daging Korban JMG Pahang 2018

Program Gotong Royong Memasak Daging Korban JMG Pahang 2018

 

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Pada 28 Ogos 2018, JMG Pahang telah mengadakan Program Gotong Royong Memasak Daging Korban, bersempena Hari Raya Aidil Adha 2018. Program diadakan di kawasan tempat letak kereta JMG Pahang dan dianjurkan oleh JMG Pahang dan Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Pahang. Tarikh berkenaan bersamaan hari Ke-6 Hari Raya Aidil Adha iaitu 16 Zulhijjah 1439 Hijrah.

Daging korban tersebut merupakan hasil sembelihan dari program korban kakitangan JMG Pahang yang telah diadakan terlebih dahulu pada Hari Raya Pertama 10 Zulhijjah 1439 Hijrah, bertempat di Sekolah Agama Ibnu Abbas, Permatang Badak, Kuantan. Disebabkan ramai kakitangan JMG Pahang bercuti panjang sempena perayaan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini, gotong royong ditangguhkan dan daging korban telah disejuk bekukan hingga ke tarikh program gotong royong memasak ini dijalankan.

Program bermula seawal 9.45 pagi. Daging korban dinyah bekukan terlebih dahulu sehari sebelum program berlangsung. Kakitangan JMG Pahang telah sama-sama bergotong royong menyempurnakan aktiviti mencuci, membersihkan dan memotong daging korban, menyediakan bahan memasak serta memasak juadah dan makanan untuk jamuan kakitangan yang ada. Menu yang dirancang disediakan ialah sup daging, daging masak kicap lada hitam dan sayur-sayuran.

PK118

PK218

PK318

PK418

PK518

PK618

Program gotong royong memasak daging korban ini selesai pada pukul 1.30 petang dengan jamuan makan tengahari.

Alhamdulillah, program gotong royong ini dapat dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama erat kakitangan yang hadir. Diharapkan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang terus dapat dipupuk dan dieratkan serta didoakan proram ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan dirahmati Allah selalu

- sekian -

Written by : aznawi