Sesi Mesyuarat dan Lawatan Kerja JMG Pahang di Daerah Rompin, Pahang

 rbr

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Pada 2 hingga 4 Mei 2019, JMG Pahang telah mengadakan sesi Mesyuarat Pengurusan Jabatan JMG Pahang Bil 2/2019 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan JMG Pahang Bil 2/2019 di Rompin Beach Resort di Rompin, Pahang. Bersekali dan serentak dengan sesi mesyuarat ini juga telah dirancang sesi lawatan kerja ke kawasan lombong yang aktif beroperasi di daerah Rompin.

Sesi pertama mesyuarat bermula 2.30 petang pada 2 Mei 2019 iaitu mesyuarat pengurusan jabatan JMG Pahang. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Pengarah JMG Pahang, iaitu Dato’ Ir Azman bin Ab. Majid dan turut dihadiri bersama oleh semua Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Unit JMG Pahang. Dato’ Pengarah antara lain telah menyampaikan maklumat terkini dan penting serta perkara-perkara semasa yang perlu diambil perhatian oleh semua ahli mesyuarat.

Ir azman

Mesyuarat selanjutnya diteruskan dengan pembentangan oleh semua Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua-ketua unit berkenaan perkembangan dan kemajuan aktiviti unit masing-masing, sebelum berhenti rehat pada pukul 6.00 petang. Sesi mesyuarat bersambung semula pada pukul 9.00 malam dan tamat serta ditangguhkan pada pukul 12.15 malam.

Hari kedua mesyuarat pada 3 Mei 2019 ialah sesi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan JMG Pahang Bil 2/2019. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Unit serta semua pegawai di JMG Pahang. Mesyaurat bermula pada pukul 8.30 pagi dan dipengerusikan oleh Dato’ Pengarah JMG Pahang. Beliau antara lain mengingatkan semua Timbalan Pengarah dan pegawai yang melaksanakan projek agar memastikan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan telah berjalan dengan kemajuan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Beliau juga menyarankan agar semua sebutharga bagi projek yang dirancang perlu digerakkan dengan kadar segera supaya dapat memastikan projek pembangunan dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Mesyuarat seterusnya diikuti dengan pembentangan kemajuan projek Pembangunan yang dijalankan di Pahang oleh pegawai-pegawai projek. Sesi mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari untuk solat Jumaat dan disambung semula pada pukul 3.00 petang. Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan JMG Pahang Bil 2/2019 ini kemudiannya tamat pada pukul 6.00 petang.

mesy1

mesy2

mesy3

Sesi lawatan kerja ke kawasan lombong dijalankan pada hari ketiga iaitu pada 4 Mei 2019 ke Lombong Esperance Mining di Bukit Ibam, Rompin.

esperance

Lombong Esperance Mining Bukit Ibam dipilih untuk lawatan kerja berdasarkan lombong berkenaan yang sedang giat aktif beroperasi. Para hadirin ahli rombongan dari JMG Pahang telah diberikan taklimat penerangan berkenaan operasi lombong ini oleh pemilik dan Pengarah Lombong Esperance Mining sendiri, iaitu Dato’ Jack Hui Hon San.

dato Jack

em1

 

em2

em3

em4

em5

em6 group

Lombong Esperance Mining ini merupakan lombong bijih besi magnetit, dengan kandungan mencapai sehingga 62% bijih besi. Bijih besi dikorek dan dilombong serta diproses pecahan ke butiran halus yang sesuai menggunakan stone crushng machine menggunakan teknologi dari Negara China. Kebanyakan sumber bijih besi magnetit ini juga dieksport dan dipasarkan ke Negara China.

iron ore 1

iron ore 2

Para hadirin rombongan dari JMG Pahang telah dibawa melawat ke kawasan tapak korekan bijih lombong, kilang pemprosesan dan pemecahan bijih serta tapak simpanan bijih. Keistimewaan Lombong Esperance ini ialah ia terletak berhampiran dengan Tasik Biru Bukit Ibam yang mempunyai warna air berwarna kebiruan, serta pemandangan landskap semulajadi cantik dan mempersonakan. Lawatan kerja ke Lombong Esperance Mining ini tamat pada pukul 1.00 petang.

em8 group

Written by : aznawi