PROGRAM JOM MASAK DAN AGIH BUBUR LAMBUK 2022 JMG PERAK

PROGRAM JOM MASAK DAN AGIH BUBUR LAMBUK 2022 JMG PERAK

21 April 2022 (Khamis) : Satu Program Jom Masak Dan Agih Bubur Lambuk 2022 JMG Perak anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah dijalankan pada hari ini. Seramai 35 ahli KKR telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini bermula pada jam 8.45 pagi dan selesai pada jam 1.00 tengahari.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli kelab dan bergotong royong dalam menyediakan Bubur Lambuk dan Bubur Pulut Hitam. KKR telah menjemput En. Arshad (Pak Chad) untuk mengetuai masakan bubur ini. Untuk Bubur Lambuk, sebuah periuk besar menghasilkan 200 bekas, manakala untuk Bubur Pulut Hitam, sebuah periuk menghasilkan 85 bekas. Kesemua bubur ini diagihkan kepada setiap ahli KKR, kakitangan BPT, PPM serta tidak lupa kepada pekerja pembersihan dan pengawal premis.

Written by : norhazliza