GOTONG ROYONG DAN MAJLIS JAMUAN MAKAN AKHIR TAHUN 2022 JMG PERAK ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR)

GOTONG ROYONG DAN MAJLIS JAMUAN MAKAN AKHIR TAHUN 2022 JMG PERAK ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR)

13hb Disember 2022 (Rabu) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah menganjurkan Program Gotong-Royong dan Memasak Jamuan Akhir Tahun 2022 dengan penyertaan dari semua warga JMG Perak bersama jemputan kakitangan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT).

Program ini bermula jam 8.30 pagi dengan acara gotong-royong bagi memasak nasi beriani, kari kambing, ayam goreng berempah dan jelatah. Selain itu, menu sampingan adalah papadom, buah tembikai, air detox dan beberapa kuih-muih. Program ini mendapat sokongan yang padu daripada warga JMG Perak dengan kehadiran Penasihat KKR merangkap Pengarah JMG Perak iaitu Dato’ Ir. Ahmad Zukni b. Ahmad Khalil, Pengerusi KKR iaitu Tuan Mahat b. Sibon, Naib Pengerusi I iaitu Tuan Mohd Shahrizal b. Mohamed Sharifodin dan Naib Pengerusi II iaitu Puan Nurul ‘Amalina binti Md. Nor yang turut serta bersama-sama melakukan gotong-royong memasak.

Pada jam 11.00 pagi diadakan Majlis Bacaan Surah Yassin dan doa selamat yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Geosains iaitu Tuan Mat Niza b. Abdul Rahman sehingga selesai serta disusuli dengan ucapan ringkas daripada Dato’ Pengarah JMG Perak. Pada 12.30 tengah hari bermula majlis jamuan. JMG Perak menjemput tetamu VIP dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) untuk menjamu selera bersama warga JMG Perak. Dianggarkan sekitar 150 orang telah telah datang memeriahkan program ini.

Program ini berakhir pada jam 2.30 petang. Kerja-kerja mengemas dan membersih juga diadakan secara gotong royong bagi meringankan bebanan tugas serta melancarkan tugasan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga program seperti ini dapatkan diteruskan pada masa akan datang.

Written by : norhazliza