BENGKEL KICK-OFF “BUSINESS LICENCING ELECTRONIC SUPPORT SYSTEM" (BLESS) BAGI PROSES PERMOHONAN DAN PENGELUARAN SKSPM SERTA HANDHOLDING KEPADA PEMEGANG SKSPM

BENGKEL KICK-OFF “BUSINESS LICENCING ELECTRONIC SUPPORT SYSTEM" (BLESS) BAGI PROSES PERMOHONAN DAN PENGELUARAN SKSPM SERTA HANDHOLDING KEPADA PEMEGANG SKSPM

27 - 29 September 2022 : Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Perak bersama Cawangan Penyelarasan dan Pelaksanaan Operasi, Ibu Pejabat JMG Malaysia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah menganjurkan Bengkel Kick-Off “Business Licencing Electronic Support System" (BLESS) Bagi Proses Permohonan Dan Pengeluaran SKSPM serta Handholding Kepada Pemegang SKSPM bertempat di Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh pada 27 - 29 September 2022.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah JMG Perak, Dato’ Ir. Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil. Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah UPLK JMG Perak, En. Adha Syuraini bin Abdul Ghani. Bengkel yang dikendalikan oleh para pegawai daripada MEDAC dan JMG Malaysia ini telah dihadiri oleh 24 syarikat lombong, 50 syarikat kuari dan 10 konsultan serta pegawai dan kakitangan UPLK JMG Malaysia dari seluruh negeri seramai 23 orang. Platform BLESS atau "Business Licencing Electronic Support System" ini telah dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dah telah digunakan secara meluas oleh pelbagai agensi kerajaan bagi tujuan proses permohonan dan kelulusan agensi berkuasa pengeluar lesen/ kelulusan, secara dalam talian. JMG Malaysia telah menyatakan kesediaan untuk menggunapakai platform BLESS sebagai salah satu tindakan proaktif jabatan ke arah digitalisasi perkhidmatan dan penyampaian maklumat oleh agensi kerajaan.

Permohonan dapat dibuat secara dalam talian, seterusnya boleh diproses oleh agensi yang berkaitan. Status penerimaan dan tindakan permohonan dapat disemak secara langsung dalam talian oleh pemohon. Seterusnya, proses pengeluaran lesen/ kelulusan turut dibuat secara dalam talian. JMG Malaysia menyasarkan BLESS mampu meningkatkan penyampaian maklumat yang lebih berkesan, selain memastikan tindakan berkaitan dapat dibuat sebagaimana piagam pelanggan yang telah ditetapkan, secara tidak langsung mampu membantu pihak industri.

Written by : norhazliza