INFAQ RAMADAN “SEKAMPIT BERAS, SEGUNUNG PAHALA” KEPADA PESARA JMG PERAK

INFAQ RAMADAN “SEKAMPIT BERAS, SEGUNUNG PAHALA” KEPADA PESARA JMG PERAK

29 April 2022 (Jumaat) : Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak melalui Biro Kebajikan telah mengadakan Program Infaq Ramadan “ Sekampit Beras, Segunung Pahala” kepada pesara JMG Perak yang terpilih. Untuk tahun ini seramai 7 orang pesara JMG Perak yang terpilih iaitu En. Roslan Bin Ghani, En. Ruslan Bin Ahmad, Pn. Maimon Binti Samad, En. Sharifuddin, En. Azaudin, En. Mohamad Bin Yaakob dan En. Mohd Ehsan.

Sumbangan diberikan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur. Program infaq ini bermula pada 4 April 2022 dan berakhir pada 26 April 2022. Pada 28 April, agihan dibuat kepada penerima. 2 buah kenderaan telah dilepaskan oleh Pengarah JMG Perak, Dato’ Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil. Majlis penyerahan ini telah diketuai oleh En. Mat Niza Bin Abdul Rahman selaku Pengerusi KKR dan En. Farid Bin Zainudin selaku Naib Pengerusi I.

Written by : norhazliza