KURSUS MASAKAN (ROTI DAN PIZA) ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMGM PERAK

KURSUS MASAKAN (ROTI DAN PIZA) ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMGM PERAK

18hb Februari 2022 (Jumaat) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Sosial telah menganjurkan Kursus Masakan (Roti dan Piza). Kursus ini adalah salah satu aktiviti KKR yang telah dirancang bagi tahun 2022. Pertandingan ini dapat membudayakan semangat kerjasama serta berpasukan di kalangan ahli KKR serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli KKR.

Kursus masakan ini telah diadakan di Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak. Seramai 20 orang ahli telah mengambil bahagian dalam kursus ini. Puan Fazlin Binti Ramli selaku tenaga pengajar untuk kursus ini telah memberikan segala ilmu dan tips bagi penyediaan roti dan pizza. Aktiviti masakan ini dibuat secara berkumpulan dan dibahagikan kepada 4 kumpulan.

Di akhir kursus ini, kesemua para peserta berjaya menghasilkan roti dan kek yang sangat gebu dan enak. Semua ahli sangat berpuas hati dengan kursus masakan ini. Semoga kursus seperti ini dapat diadakan pada masa hadapan kerana ia amat bermanfaat kepada semua peserta.

Written by : norhazliza