11 April 2023 (Selasa) : Program Sekampit Beras, Segunung Pahala merupakan program tahunan KKR yang diadakan sepanjang Bulan Ramadan. Program ini bagi mengumpul sumbangan yang akan disedekahkan oleh ahli KKR kepada ahli KKR yang telah bersara. Sumbangan ini diberikan dalam bentuk barang keperluan dapur seperti beras, minyak, gula, tepung, beras dan lain-lain keperluan yang berkaitan. Ini juga sebagai salah satu cara menyantuni para pesara JMG Perak.
Untuk tahun ini, seramai 8 orang pesara telah dipilih sebagai penerima sumbangan ini. Pn Siti Salbiah, Pn Zabedah, Pn Azni, En. Zainuddin, En. Zulkifli, En. Samsudin, En. Jamal dan En. Govindasamy. Program ini diketuai oleh En. Farid Bin Zainudin dan seramai 14 orang ahli KKR terlibat mengikuti penyerahan sumbangan ini. Sempena Bulan Ramadan yang berkah ini, diharapkan program ini akan diteruskan pada setiap tahun kerana ia memberi manfaat kepada yang menyumbang dan yang menerima.