TAKLIMAT EKSPLORASI GEOKIMIA DAN LATIHAN MENDULANG DI KAWASAN SG. CHERAS, TAPAH, PERAK

TAKLIMAT EKSPLORASI GEOKIMIA DAN LATIHAN MENDULANG DI KAWASAN SG. CHERAS, TAPAH, PERAK

20hb Oktober 2022 (Khamis) – Unit Sumber Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak telah mengadakan Taklimat Eksplorasi Geokimia dan Latihan Mendulang di kawasan Sg. Cheras, Tapah, Perak. Taklimat ini telah diberi oleh Pegawai Geosains yang berpengalaman dalam Sumber Mineral iaitu En Mahat bin Hj. Sibon.

Seramai 30 peserta kakitangan JMG Perak telah mengikuti taklimat ini. Objektif taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan, perkongsian ilmu, peningkatan pengetahuan dan kemahiran lapangan kepada kakitangan JMG Perak tentang kaedah eksplorasi mineral berlogam dan pelaksanaanya mengikut Garis Panduan Ekspolorasi Geokimia JMG.

Written by : norhazliza