FORMASI GARINONO

FORMASI GARINONO

KINABATANGAN, SANDAKAN ~ 26 November 2017, Lawatan Tuan Pengarah JMG Sabah bersama beberapa orang pegawai geosains ke tapak Formasi Garinono.

Lawatan ini merupakan salah satu program yang telah dirancang dalam kalender lawatan sambil belajar oleh ketua-ketua unit dan ketua-ketua aktiviti JMG Sabah. Pegawai-pegawai geosains yang terlibat pada lawatan ini adalah Pengarah sendiri En. Mohd. Yusop Ramli, En. Paulius Godwin (Ketua Unit Geosains), Tuan Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Ketua Unit Perkhidmatan Makmal), Tuan Hj. Nurul Huda bin Romli (Ketua Unit Lombong Kuari), En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), Pn. Jenneth Cyril (Ketua Aktiviti Mineral Berlogam), En. Jaineh Linggi (Ketua Aktiviti Hidrogeologi), En. Farid bin Zainudin ( Ketua Aktiviti Mineral Perindustrian) dan En. Khairun Nasir bin Moktar. Lawatan seumpama ini akan cuba diterapkan kepada kumpulan sokongan juga pada masa akan datang. Lawatan ini merupakan satu lawatan pembelajaran dari pelbagai unit dan aktiviti yang berbeza.

 

Nota : Gambar di atas menunjukkan perbincangan dan Pengarah JMG Sabah  sedang menerangkan sesuatu berkaitan Formasi Garinono ini.

Written by : Suriani Ramlee