LAWATAN KERJA KSU NRE KE SABAH

LAWATAN KERJA KSU NRE KE SABAH

KOTA KINABALU, SABAH ~ 23hb hingga 25hb Oktober 2017 Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan rombongan telah menghadiri satu persidangan di Sabah, dalam masa yang sama rombongan KSU juga membuat lawatan kerja ke Sabah.

KSU NRE telah menghadiri 9th International Conference on Heart of Borneo (HOB) dan lawatan kerja ke tapak bencana alam gempa di Mesilau, Kundasang Sabah serta sungai di daerah Kota Belud Sabah. Program lawatan KSU NRE kali ini diselaraskan oleh KUPM JMG Sabah sendiri iaitu En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee. Jabatan-jabatan dibawah naungan NRE juga terlibat sama. Antara jabatan yang terlibat ialah JMG Sabah sendiri (Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah), JUPEM Sabah (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Sabah), JPS (Jabatan Pengairan Saliran Sabah) dan PERHILITAN (Jabatan Hidupan Liar Sabah). Lawatan KSU NRE juga turut dihadiri oleh pengarah-pengarah jabatan dibawah naungan NRE sendiri. KSU NRE berasa berpuas hati atas lawatan dan kerjasama semua jabatan, beliau berharap agar kerjasama seumpama ini akan berterusan pada masa akan datang. Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli juga berpuas hati atas persediaan perlaksanaan program berjalan dengan lancar walaupun ada kekangan masa antara pegawai-pegawai lain.

ksu 2017

ksu 20171

ksu 20172

ksu 20173

ksu 20174

ksu 20175

ksu 20176

 

Written by : Suriani Ramlee