PEMERIKSAAN MAGAZIN KUARI SILAM, LAHAD DATU

PEMERIKSAAN MAGAZIN KUARI SILAM, LAHAD DATU

LAHAD DATU, SABAH (07 FEBRUARI 2018) : RABU - Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG Sabah), Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah (IPK Sabah) serta Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Daerah Lahad Datu (IPD Lahad Datu) telah menjalankan pemeriksaan teknikal magazin (stor menyimpan bahan letupan) di sebuah kuari di Silam, Lahad Datu. Pemeriksaan yang dijalankan ini melibatkan 2 orang pegawai daripada JMG Sabah iaitu Tn. Hj Nurul Huda Bin Romli dan En. Mohd Shafreen Bin Mad Isa, yang juga disertai oleh 10 pegawai/ anggota daripada PDRM iaitu masing-masing 6 orang pegawai/ anggota dari IPK Sabah dan 4 orang pegawai/ anggota daripada IPD Lahad Datu yang diketuai oleh DSP. Willynton Enchana Watt (Pegawai Turus Perlesenan, Jabatan Pengurusan, IPK Sabah).

Menerusi pemeriksaan ini, kedua-dua pihak dapat mempertingkatkan kecekapan dalam menjalankan
bidang tugas, selain pada masa yang sama membantu pihak industri untuk menambah baik beberapa
aspek terutama sekali dari sudut teknikal dan keselamatan operasi. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mempertingkatkan kerjasama dari semasa ke semasa terutama dalam sektor perlombongan dan pengkuarian amnya.

2

Gambar foto 1: Pemeriksaan dijalankan ke atas sebuah magazin yang terletak dalam kawasan kuari.

3

Gambar foto 2: Pemeriksaan yang dijalankan ke atas magazin oleh kedua-dua pihak (JMG Sabah dan PDRM)

4

Gambar foto 3: Perbincangan dan taklimat pasca pemeriksaan diadakan bagi merangkumkan penemuan serta membincangkan penambahbaikkan berkaitan untuk dilaksanakan oleh kesemua pihak.

Written by : SHAFREEN