TAKLIMAT KESELAMATAN JMG SABAH 2018

TAKLIMAT KESELAMATAN JMG SABAH 2018

KOTA KINABALU, SABAH (28 FEBRUARI 2018) : Rabu, Satu taklimat keselamatan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada jam 10 pagi.

Taklimat ini disampaikan oleh En. Khairun Nasir bin Moktar (Pegawai Geosains C44) selaku Ketua Pegawai Keselamatan Pejabat JMG Sabah. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada semua warga JMG Sabah betapa pentingnya keselamatan di tempat kerja. En. Khairun menunjukkan beberapa langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku satu kebakaran yang semua orang pun tidak akan menjangka kejadian-kejadian seperti ini akan berlaku di kawasan tempat kerja.

Dalam taklimat ini juga En. Khairun memberikan gambaran jika berlaku kecemasan dan memberitahu semua warga JMG Sabah di mana dan apa perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran. En. Khairun menekankan agar semua warga JMG Sabah peka dengan perkara-perkara ini kerana musibah berlaku manusia tidak tahu bila akan berlaku.

Taklimat ini tamat dalam masa sejam.

Sumber foto : En. Khairun Nasir bin Moktar

Taklimat Keselamatan 1

 

Written by : Suriani Ramlee