MESYUARAT PENYELARASAN PERPUSTAKAAN JABATAN (MPPJ) BIL 1/2018

MESYUARAT PENYELARASAN PERPUSTAKAAN JABATAN (MPPJ) BIL 1/2018

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN (07 MAC 2018) : RABU, Mesyuarat Penyelarasan Perpustakaan Jabatan (MPPJ) Bil. 1/2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Palm Seremban Hotel sekitar jam 8.00 malam dan berakhir sekitar jam 12.00 tengah malam.

 

 

Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan segala permasalahan dan cadangan baru bagi melancarkan perjalanan perkhidmatan perpustakaan di seluruh JMG Malaysia. Mesyuarat ini dihadiri oleh En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat dan Pn. Suriani binti Ramlee (Pembantu Pustakawan S22) dari JMG Sabah. Turut hadir dalam mesyuarat ini Ketua-ketua Unit Pengurusan Maklumat dari JMG negeri-negeri dan pembantu pustakawan seperti En. Abdul Aziz (Penolong Pegawai Pustakawan S32, BPT Ipoh), Cik Rustira (Penolong Pegawai Pustakawan S29, Ibupejabat) dan Pn. Dayang Maslineh binti Awang Putit (Pembantu Pustakawan S19, JMG Sarawak). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Ismail Hanuar Pengarah Pengurusan Maklumat. Dalam mesyuarat ini juga turut hadir Pengarah PPO En. Mazlan.

 

Sumber foto : En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee

 

mesyuarat mppj

 

mesyuarat mppj1

 

 

Written by : Suriani Ramlee