MUAR, JOHOR (27 SEPTEMBER 2019): JUMAAT, Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemurnian GP Lesen Pembedil dan borang Pemeriksaan Amali telah di adakan di Maktab Teknik Polis Bakri, Muar, Johor selama dua hari bermula pada 26 September 2019 sehingga 27 September 2019.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua wakil dari Unit Lombong dan Kuari JMG Seluruh Malaysia dan pasukan khas polis unit persenjataan. JMG Malaysia di ketua oleh Ketua Panel Peperiksaan Pembedil dan manakala wakil daripada Ibupejabat Kontinjen PDRM Negeri adalah Pegawai Turus Persenjataan. JMG Sabah diwakili oleh En. Aidil Arnolous Rema sebagai Pegawai Geosains yang bertugas di Unit Lombong dan Kuari, JMG Sabah.
Sumber Maklumat dan Sumber Foto : En. Aidil Arnolous Rema
Gambar bersama pasukan khas turus persenjataan
ahli-ahli yang hadir dalam mesyuarat