MESYUARAT DAN TAKLIMAT PENYEDIAAN DOKUMEN CADANGAN PEMBINAAN MUZIUM GEOLOGI SABAH BIL 1/2020 DI CELYN RESORT, KUNDASANG

MESYUARAT DAN TAKLIMAT PENYEDIAAN DOKUMEN CADANGAN PEMBINAAN MUZIUM GEOLOGI SABAH BIL 1/2020 DI CELYN RESORT, KUNDASANG

KUNDASANG, SABAH (10 SEPTEMBER 2020): RABU, Mesyuarat dan Taklimat Penyediaan Dokumen Cadangan Pembinaan Muzium Geologi Sabah Bil 1/2020 telah diadakan selama dua hari di Celyn Resort, Kundasang. Mesyuarat ini bermula dari 07 September 2020 hingga 09 September 2020.

Mesyuarat kali ini agak berlainan kerana diadakan sekali taklimat berkaitan muzium yang disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Muzium Sabah. Mereka yang hadir mewakili Jabatan Muzium Sabah adalah En. Lester Millip (Timbalan Pengarah II Sektor Permuziuman), En. Dius Kubud (Bahagian Antikuiti dan Warisan) dan En. Evren Subal (Bahagian Pameran Muzium).

Antara tajuk taklimat yang telah disampaikan oleh wakil pihak Jabatan Muzium Sabah adalah :

  1. Pengenalan Asas Muzium yang disampaikan oleh En. Dius Kubud
  2. Penyediaan Pameran Muzium yang disampaikan oleh En. Evren Subal
  3. Pengwujudan Kertas Kerja Pembangunan Muzium yang disampaikan oleh En. Lester Millip

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh tuan Pengarah JMG Sabah En. Jontih Enggihon. Antara pegawai-pegawai yang telah menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat, taklimat dan brainstorming ini adalah Pn. Faye Donna Edmund selaku Pegawai Projek Muzium Geologi, Dr. Morius Bantas (Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal), En. Daulip @ Dee Dee Lakkui (Ketua Aktiviti Mineral Tenaga), En. Jaineh Linggi (Ketua Aktiviti Hidrogeologi), En. Arthur Clement Makulim (Pegawai Geosains Kanan), Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi (Ketua Aktiviti Mineral Perindustrian), En. Alvyn Clancey Mickey (Pegawai Geosains Kanan Wakil daripada Ibupejabat Unit Perancangan dan Pengurusan), En. Mazuan bin Roslan (Pegawai Geosains Kanan), En. Mison Ajum (Pegawai Geosains Kanan), En. Redzuan bin Ahmad Banjar (Pegawai Geosains Kanan), En. Muhammad Umar bin Sarimal (Pegawai Geosains Kanan), En. Aidil Arnolous Rema (Pegawai Geosains Kanan), En. Azizan Anak Juhin (Pegawai Geosains Kanan), Pn. Lim Li Chien (Pegawai Geosains), En. Goh Khean Seong (Pegawai Geosains) dan En. Asman bin Alias (Pegawai Geosains). Turut hadir sama tiga orang kakitangan sokongan yang dilantik sebagai urusetia dan AJK dalam mesyuarat dan taklimat ini. Mereka adalah Cik. Helviana Malaya (Penolong Pegawai Geosains), En. Abdul Arif bin Tahar (Pembantu Geosains Kanan) dan Pn. Suriani binti Ramlee (Pembantu Pustakawan Kanan).

Tarikh 07 September 2020 merupakan daftar masuk ke Celyn Resort dan 08 September sesi mesyuarat dan taklimat dimulakan. Manakala sebelah petang dan malam tarikh yang sama merupakan sesi perbincangan dan brainstorming antara semua pegawai yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Pengurusan dan Kumpulan Teknikal.

Hasil kerja selama dua hari amat berkesan dan Pengarah JMG Sabah amat berpuas hati dan tidak menyangka begitu banyak pendapat dan pandangan dari semua pegawai-pegawai JMG Sabah yang hadir. Pengarah megatakan ini merupakan sejarah permulaan JMG Sabah menubuhkan Muzium Geologi Sabah.

 

Sumber Maklumat : Penulis

Sumber foto : En. Abdul Arif bin Tahar

Written by : Suriani Ramlee