FINGER PRINT TERAKHIR BUAT PN. MEJAH SEBAGAI PENJAWAT AWAM

FINGER PRINT TERAKHIR BUAT PN. MEJAH SEBAGAI PENJAWAT AWAM

KOTA KINABALU, SABAH (08 SEPTEMBER 2017) : JUMAAT,  Hari ini merupakan hari terakhir bagi Pn. Mejah menjawat sebagai penjawat awam setelah hampir 32 tahun perkhidmatan beliau di JMG Sabah, bermulanya daripada operator telefon pejabat sehinggalah menjadi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di JMG Sabah.

Pn. Mejah dikenali ramai merupakan seorang yang murah dengan senyuman manisnya, sikapnya yang baik sering membantu rakan-rakan sejawat yang lain dalam apa jua pun. Pn. Mejah lebih dikenali dengan panggilan Kak Mejah oleh semua kakitangan JMG Sabah tak kira lah daripada Pengarah, Pegawai dan kakitangan sokongan. Kehilangan Pn. Mejah adalah kehilangan besar buat JMG Sabah, beliau seorang yang dedikasi dan bertanggungjawab dengan tugas yang diarahkan walaupun kadang-kadang beliau tidak sihat tetap gagahi untuk menjalankan tugas beliau.

Tarikh hari ini merupakan tarikh akhir beliau bertugas dan akan bersara wajib dan warga JMG Sabah mendoakan kesihatan kak Mejah agar sentiasa sihat dan menjalani kehidupan sebagai pesara dengan damai gembira dan bahagia. Selamat Bersara buat Pn. Mejah daripada JMG Sabah. Jasa mu dikenang.

IMG-20170809-WA0014

Antara rakan-rakan sejawat yang sama-sama merakamkan gambar kenangan

IMG-20170809-WA0015

En. Paulius selaku Ketua Unit Geosains dan En. Jeffery selaku Ketua Unit Pentadbiran dan Kewangan turut sama merakamkan gambar kenangan.

 

Written by : Suriani Ramlee