KONVOKESYEN UMS KE 19 (EN. JAINEH LINGGI)

KONVOKESYEN UMS KE 19 (EN. JAINEH LINGGI)

Kota Kinabalu, Sabah - Tanggal 18 November 2017, Sabtu. En Jaineh Linggi telah menerima Ijazah Sarjana Sains (Geologi) di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau merupakan seorang Pegawai Geosains Gred C44 di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah.

Beliau melaporkan diri di JMG Sabah pada 3 Julai 2000, pada masa itu beliau merupakan kakitangan baru di JMG Sabah. Namun beliau menanam hasrat dan semangat untuk meneruskan lagi pengajian beliau ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan penuh syukur beliau mula menyambung pengajian beliau pada tahun September 2012, dan sesi pembelajaran beliau berakhir pada September 2017. Semangat juang beliau haruslah menjadi ikutan buat semua warga JMG Sabah. Dengan kekangan tugas di pejabat yang begitu agak sibuk kerana terlalu banyak projek yang beliau kendalikan. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Aktiviti Hidrogeologi dalam Unit Geosains. Namun kesibukan dalam menguruskan anak-anak keluarga dan kerjaya, beliau bersyukur sangat-sangat kerana dapat juga menghabiskan pengajian beliau dalam bidang Sains Geologi.

Written by : Suriani Ramlee