KOTA KINABALU, SABAH (18 SEPTEMBER 2018) : SELASA, Seperti sedia maklum semua jabatan perlu melaksanakan 5S yang dahulunya dan kini telah di jenamakan dengan nama EKSA (Ekosistem Kondusif Sistem Awam). Satu-satunya jabatan yang melaksanakan dan membuat kursus adalah INTAN Kampus Sabah. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah tidak ketinggalan dengan peredaran penjenamaan tersebut. Pihak pengurusan telah melantik beberapa orang pegawai JMG Sabah untuk melaksanakan EKSA tersebut. Namun demikian, mereka yang dilantik perlu lah menghadiri kursus bagi mempelajari dan menimba ilmu yang lebih lanjut berkaitan dengan EKSA tersebut.
Kursus EKSA anjuran INTAN Kampus Sabah ini telah dihadiri oleh dua orang pegawai jabatan ini. Mereka adalah Pn. Suriani (Unit Pengurusan Maklumat) dan Pn. Nurul Sakinah (Unit Perkhidmatan Makmal Kimia). Selama tempoh 3 hari di INTAN Sabah bermula pada 18hb September 2018 sehingga 20hb September 2018, sedikit sebanyak ilmu dipelajari. Satu sesi lawatan juga dilaksanakan oleh penganjur di mana lawatan telah dibuat ke Jabatan Perikanan Negeri Sabah. Jabatan Perikanan Negeri Sabah ini mendapat sijil EKSA yang cemerlang daripada pihak MAMPU. Jabatan ini boleh dijadikan contoh untuk jabatan lain melaksanakan EKSA tersebut.
Sumber Foto : Peserta Kursus EKSA Bil 4/2018
Gambar kenangan peserta kursus EKSA Bil 4/2018
Gambar kenangan semasa Lawatan EKSA ke Jabatan Perikanan Negeri Sabah, Kategori EKSA Cemerlang
Gambar kenangan bersama penceramah Pn. Norhafiezah
Pn. Suriani bersama Pn. Nurul Sakinah antara peserta kursus EKSA anjuran INTAN Kampus Sabah (JMG Sabah)
Pn. Nurul Sakinah bersama rakan-rakan kursus yang lain
Pn. Norhafiezah penceramah INTAN Sabah
Kumpulan EKSA bangunan sendiri
Kumpulan EKSA daripada Kementerian Kesihatan
Peserta JMG Sabah bersama Pn. Anita Roman selaku Fasilatator EKSA Jabatan Perikanan Sabah
Kumpulan daripada Tiada Bangunan
Kumpulan EKSA daripada Kementerian Pendidikan