KOTA KINABALU, SABAH (24 OKTOBER 2018) : RABU, Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN) telah menganjurkan kursus bertajuk Kursus Formula Kecemerlangan Diri dan Organisasi Yang Berkesan selama dua hari pada 15 dan 16 Oktober 2018 bertempat di Bilik Kuliah Utama INSAN, Tingkat 8, Block A, Bangunan Wisma MUIS Sabah.
Kursus ini telah dihadiri oleh Pn. Carrie Joe, Setiausaha Pejabat Pengarah. Manakala penceramah En. Gonaseelan Narayanan bagi kursus ini daripada Excellent Energy Training Consultancy.
Pengenalan :
1. Latihan yang menyentuh tentang perspektif mengenai kaedah pengukuhan dan kefahaman dalam organisasi, peranan sebagai individu (penjawat awam), dan ahli pasukan yang menyokong perkhidmatan sebenar.
2. Kefahaman bertujuan untuk sedar dan memahami halatuju organisasi kemudian menghayati intipatinya bagi mengatasi jurang yang wujud (berlandaskan tindakan).
3. Pengukuhan menghasilkan pengetahuan dan kemahiran dalam mendapatkan kaedah atau ilmu baru. Pengukuhan organisasi adalah kunci utama dalam merapatkan jurang diri sendiri dengan persekitaran (organisasi).
Objektif Kursus :
1. Berupaya memahami peranan sebagai penjawat awam dalam organisasi.
2. Berkebolehan menyampaikan mesej dengan jelas menggunakan nada suara yang betul dan bahasa badan yang sesuai kepada sasaran.
3. Memahami Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan sasaran kerja yang ditetapkan agar mencapai hasil yang diperlukan.
Sumber maklumat dan foto : Pn. Carrie Joe