LAWATAN KERJA PM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN LEBUHRAYA PAN BORNEO

LAWATAN KERJA PM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN LEBUHRAYA PAN BORNEO

TANJUNG ARU, SABAH ~ Pada 18hb November 2017 hari Sabtu, 3 orang kakitangan telah dijemput sama untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri kita ke Sabah sempena lawatan kerja beliau dan merasmikan Projek Lebuhraya Pan Borneo.

 

JMG Sabah diwakili oleh tuan pengarah JMG Sabah sendiri iaitu En. Mohd. Yusop bin Ramlee bersama 2 orang pegawai JMG Sabah iaitu En. Paulius Godwin (Ketua Unit Geosains) dan En. Fredolin Javino. Turut hadir bersama adalah wakil-wakil dan pengarah-pengarah dari pelbagai jabatan yang ada di negeri Sabah ini. Dari Kiri gambar kenangan ialah Pengarah JPBW (Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah) En. Mursidi bin Hj. Sapie, Datuk Joanna Kitingan, Datuk Maximus Ongkili, Datuk Hajiji bin Mohd Noor, En. Fredolin Javino (JMG Sabah), Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli dan En. Paulius Godwin (JMG Sabah).

 

Written by : Suriani Ramlee