LAWATAN PATHFINDERS KE JMG SABAH

LAWATAN PATHFINDERS KE JMG SABAH

KOTA KINABALU, 14 DISEMBER 2017 (KHAMIS) ~ Pada hari khamis lepas 14 Disember 2017, JMG Sabah telah menerima lawatan sambil belajar dari kumpulan Pathfinders Sabah.

Lawatan ini dikendalikan oleh En. Kennedy Mohd Imran dan dibantu oleh En. Goh Khean Seong. En. Kennedy memberikan penerangan taklimat ringkas berkaitan dengan JMG Sabah dan dibantu oleh En. Goh sendiri, manakala lawatan ke Muzium Geologi JMG Sabah dikendalikan oleh En. Herorisan Paruka, namun demikian segala penerangan dibuat oleh dua orang pegawai geosains JMG Sabah. Pn. Normi Adok juga terlibat dalam menyediakan slide ringkas dan penyediaan bilik Nephrite untuk para tetamu.

Dengan izinNya para Pathfinders berasa berpuas hati dengan penerangan ringkas berkaitan dengan JMG Sabah, misi dan visi serta apa peranan JMG Sabah ini kepada masyarakat setempat.

lawatan scout

Penyerahan sijil penghargaan daripada Ketua Lawatan Pathfinders kepada JMG Sabah yang diwakili oleh En. Kennedy

Written by : Suriani Ramlee