LAWATAN PELAJAR-PELAJAR SMK LOHAN KE MUZIUM JMG SABAH

LAWATAN PELAJAR-PELAJAR SMK LOHAN KE MUZIUM JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (19 SEPTEMBER 2019): KHAMIS, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah menerima lawatan daripada pelajar-pelahar dan guru-guru SMK Lohan, Ranau, Sabah pada 18hb September 2019 hari Rabu pukul 9.00 pagi.

Rombongan lawatan pelajar-pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 6 dari sekolah SMK Lohan, Ranau. JMG Sabah mengalu-alukan kedatangan para pelajar yang ingin melawat sambil menimba ilmu pengetahuan berkaitan dengan geologi batuan yang ada di JMG Sabah.

En. Jaineh Linggi selaku Pegawai Geosains di JMG Sabah yang juga merupakan Ketua Aktiviti Hidrogeologi dibantu oleh En. Nickolas Sindam selaku Penolong Pegawai Geosains di JMG Sabah telah memberikan sedikit taklimat berkaitan Muzium Geologi JMG Sabah dan selaku pegawai yang mengalu-alukan kedatangan para pelajar dan guru yang berkunjung ke Muzium Geologi JMG Sabah.

JMG Sabah amat berterima kasih dengan kehadiran para pelajar dan guru tersebut.

Sumber Maklumat dan Foto : En. Jaineh Linggi

Written by : Suriani Ramlee