Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah

PENAMPANG, SABAH (6 OGOS 2018) : ISNIN, Kerajaan Negeri Sabah telah menganjurkan satu majlis pelancaran bulan kemerdekaan dan kempen kibarkan jalur gemilang peringkat negeri Sabah bertempat di perkarangan Bangunan Wisma Majlis Daerah Penampang pada pagi ini bermula pada jam 9.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah.

Dalam majlis ini Jabatan Mineral dan Geosains Sabah turut menerima undangan. JMG Sabah diwakili sendiri oleh Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli. Berbagai acara telah disediakan antaranya perarakan kereta dengan bendera Malaysia dan Sabah, Belon Udara, Hiburan nyanyian dan berbagai lagi. Majlis ini juga turut dihadiri dari pelbagai jabatan dan sekolah.

Sumber maklumat dan foto : En. Mohd. Azrol bin Mohd. Hanaffi

BK1

BK2

Pengarah JMG Sabah bersama pengarah-pengarah lain dan wakil-wakil agensi lain

BK3

Pelajar-pelajar sekolah mengengah turut hadir dalam majlis ini

BK4

Hiburan daripada artis tempatan 

BK5

Perarakan kereta dengan mengibarkan jalur gemilang

BK6

Ketua Menteri Sabah

BK7

Permulaan Kembara Merdeka

BK8

Persembahan Belon Udara

 

Written by : AZROL