KOTA KINABALU, SABAH (13 FEBRUARI 2023) ISNIN :
Satu mesyuarat telah diadakan di Bilik Pemantauan Geobencana Mylonite, Tingkat 2, Blok Jesselton, Bangunan JMG Sabah bermula pada hari ini 13 Februari 2023 dan dijangka berakhir pada 15 Februari 2023.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JMG Sabah, Dr. Frederick. Mesyuarat ini juga telah dihadiri serama 17 oang Pegawai Geosains Kanan bersama urusetia mesyuarat.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk semakan dan suntingan terakhir sebelum dapat dimuktamadkan penerbitan laporan dan peta kawasan geologi Kota Kinabalu yang telah tertangguh ekoran pandemik covid-19 yang lepas. Penerbitan laporan dan peta geologi ini telah pun ditetapkan untuk diterbitkan pada bulan September 2023.
Sumber maklumat dan foto : Encik Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee