PENUTUPAN MINGGU SUKAN KEMG 2017

PENUTUPAN MINGGU SUKAN KEMG 2017

KOTA KINABALU, SABAH : 15hb Disember 2017 Jumaat merupakan hari penutupan minggu sukan KEMG Sabah. Acara sukan Bola Sepak merupakan acara penutup bagi sukan KEMG Sabah 2017. Minggu sukan KEMG Sabah ini juga ditutup dan dirasmikan oleh tuan Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli sendiri. Pelbagai acara sukan telah dilaksanakan. 

Terdapat 9 acara sukan telah dilaksanakan. Antara sukan tersebut adalah Sukan Dart, Sukan Karom, Sukan Pingpong, Sukan Sepak Raga, Sukan Bowling, Sukan Badminton, Sukan Futsal, Sukan Bola Tampar dan Sukan Bola Sepak. Semua acara sukan mendapat sambutan yang menggalakkan. Tujuan acara sukan ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kakitangan JMG Sabah tanpa mengira jawatan.

Berikut merupakan teks ucapan tuan Pengarah JMG Sabah EN. Mohd. Yusop bin Ramli :

UCAPAN PENUTUPANN SUKAN KEMG 2017

1. Salam untuk semua warga JMG Sabahserta AJK KEMG yang hadir dan terlibat dalam penganjuran sukan KEMG pada tahun ini.

2. Pada tahun ini, saya difahamkan KEMG telah menganjurkan sebanyak 9 pertandingan sukan di antara dua kumpulan iaitu Emerald (Hijau) dan Ruby (Merah). Pertandingan sukan ini telah dijalankan selama 2 minggi iaitu bermula pada 6 Disember hingga 15 Diember 2017. Pertandingan-pertandingan ini telah dijalankan di dalam pejabat serta beberapa sukan yang diadakan di venue luar pejabat.

3. Untuk makluman tuan-tuan, sukan KEMG ini dijalankan bertujuan untuk memupuk nilai semangat bekerjasama di atara ahli serta menanam tabiat bersukan di kalangan warga JMG Sabah bagi mengekalkan tahap kesihatan. Memandangkan tugasan dan tanggungjawab kakitangan yang agak ketat sepanjang tahun, maka minggu sukan KEMG ini boleh dijadikan sebagai acara riadah untuk merehatkan minda dan fizikal sebelum memulakan tugas-tugas baru pada tahun hadapan.

4. Saya merakamkan penghargaan kepada Kelab dan ahli KEMG yang telah berusaha keras untuk mengadakan Minggu Sukan KEMG pada tahun ini. Semoga dengan acara ini, kita sama-sama mendapat manfaat bersama. Tahniah kepada semua pasukan yang menang dan juga yang kalah kerana bukan pemenang yang dicari tetapi yang paling penting adalah penyertaan semua warga JMG Sabah untuk memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan sebagai satu keluarga besar dalam JMG Sabah.

5. Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada AJK KEMG Sabah kerana menjemput saya untuk menutup Minggu Sukan KEMG pada tahun ini. Mudah-mudahan, semua warga JMG Sabah akan terus cemerlang baik dalam tugasan secara rasmi ataupun acara-acara seumpama ini pada masa akan datang.

6. Dengan ini, saya dengan secara rasminya menutup Minggu Sukan KEMG 2017. Sekian. Terima Kasih.

Demikian lah teks ucapan tuan Pengarah JMG Sabah dalam perasmian penutupan Minggu Sukan KEMG 2017.

football 2017

Tuan Pengarah JMG Sabah turut hadir sama dan merasmikan penutupan Minggu Sukan KEMG 2017

football 20171

 

football penutupan 2017

Para pemain sedang membuat senaman ringan sebelum memulakan perlawanan

 

 

Written by : Suriani Ramlee