PEPERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 1/2018 (SESI TEMUDUGA)

PEPERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 1/2018 (SESI TEMUDUGA)

KOTA KINABALU, SABAH (06 MAC 2018) : SELASA, Peperiksaan Pembedil Amali Bil. 1/2018 (Sesi Temuduga) telah di jalankan di Bilik Mesyuarat Magnetite, Blok Jesellton, JMG Sabah pada 6 Mac 2018. Seramai tiga orang calon telah menghadiri sesi temuduga ini.

Panel-panel Peperiksaan Pembedil Amali Bil. 1/2018 seramai enam orang panel terdiri daripada 3 orang panel dari JMG Sabah dan 2 orang panel dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman juga seorang panel dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), IPK Sabah.

Sesi temuduga ini dijalankan bertujuan untuk membolehkan panel dan calon tahu apakah perancangan dan pelaksanaan semasa peperiksaan di lapangan. Pengetahuan calon tentang rekabentuk peletupan adalah amat dititik beratkan selain anggaran bacaan gegaran dan bunyi, jarak batu terbang juga kedudukan kuari dengan infrastruktur dan kawasasan berhampiran.

Sumber penulisan : Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli

amali 1

Taklimat Peperiksaan Pembedil Amali Bil. 1/2018 (Sesi Temuduga) diberikan oleh Ketua Panel Peperiksaan, Encik Mohd. Shafreen bin Mad Isa kepada panel dan calon peperiksaan.

amali 2

Salah seorang calon sedang memberikan penerangan tentang rekabentuk peletupan yang akan dilaksanakan semasa peperiksaan di tapak nanti.

amali depan

Sesi bergambar Tuan Pengarah JMG Sabah bersama panel, urusetia dan calon Peperiksaan Pembedil Amali Bil. 1/2018 (Sesi Temuduga) di JMG Sabah.

 

Written by : Suriani Ramlee