SELAMAT JALAN EN. JONTIH

SELAMAT JALAN EN. JONTIH

KOTA KINABALU, SABAH : 15hb Januari 2018 bersamaan hari Isnin merupakan hari keberangkatan En. Jontih ke tanah Semenanjung semula demi menjalankan tugas pada negara. Selain isteri dan anak yang menghantar beliau di lapangan terbang, En. Farid selaku Ketua Aktiviti Mineral Perindustrian juga turut sama menghantar beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

 

Memang agak berat bila berpisah, namun demi tanggungjawab terpaksa meninggalkan anak isteri dan negeri tercinta untuk kali kedua. Beliau akan bertugas di JMG Selangor sebagai Pengarah JMG Selangor. Warga JMG Sabah mengucapkan kepada En. Jontih agar terus maju jaya di tempat yang baru dan sentiasa mengingati semua warga JMG Sabah.

Written by : Suriani Ramlee