SELAMAT BERTUGAS DI JMG SELANGOR

SELAMAT BERTUGAS DI JMG SELANGOR

SELANGOR (16HB JANUARI 2018) : Tarikh hari ini merupakan tarikh sejarah buat En. Jontih Enggihon yang bertukar ke tanah Semenanjung untuk kedua kalinya.

Beliau memulakan tugas beliau pada hari ini Selasa sebagai Pengarah JMG Selangor yang baru. Beliau telah menghantar rakaman gambar ini di group whatsapp chit chat JMG Sabah. Walaupun beliau telah meninggalkan JMG Sabah dan telah keluar daripada beberapa group whatsapp rasmi namun  beliau masih  terus kekal di Chit Chat JMG Sabah.

Berpisah tubuh tapi tidak berpisah jiwa raga. Tugas terakhir beliau di JMG Sabah adalah Timbalan Pengarah JMG Sabah. Pihak JMG Sabah mengucapkan Tahniah atas perlantikan sebagai Pengarah dan mendoakan agar En. Jontih terus maju jaya dan sentiasa menjadi ketua yang disenangi kakitangannya. JMG Sabah juga mengucapkan setinggi terima kasih atas bakti dan sumbangan beliau selama berada di JMG Sabah.

Written by : Suriani Ramlee