SYABAS UNIT PERKHIDMATAN MAKMAL JMG SABAH BERJAYA MENGEKALKAN PERSIJILAN AKREDITASI SAMM MS ISO/IEC 17025

SYABAS UNIT PERKHIDMATAN MAKMAL JMG SABAH BERJAYA MENGEKALKAN PERSIJILAN AKREDITASI SAMM MS ISO/IEC 17025

KOTA KINABALU, SABAH (27 DISEMBER 2017): RABU Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah telah berjaya mengekalkan persijilan akreditasi Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) MS ISO/IEC 17025 untuk tempoh tiga tahun lagi sehingga 7 Januari 2021.

Sijil Akreditasi SAMM MS ISO/IEC 17025 telah disahkan oleh Jabatan Standard Malaysia pada 15 November 2017. Satu audit untuk tujuan pengekalan akreditasi telah dijalankan pada 10 Oktober 2017 yang lepas. Susulan daripada "Reassessment Audit" tersebut mendapati Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah telah memenuhi keperluan dalam pematuhan akreditasi SAMM.

Tahniah diucapkan kepada En. Morius Bantas, selaku Pengurus Kualiti dan Pengurus Teknikal Makmal Eksplorasi Geokimia dan semua kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah yang telah bekerja keras untuk pengekalan akreditasi tersebut. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada mereka untuk berusaha dan memastikan akreditasi MS ISO/IEC 17025 berterusan pada tahun-tahun akan datang.

Untuk makluman, Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah mula mendapat persijilan akreditasi MS ISO/IEC 17025 pada 7 Januari 2004 yang diketuai oleh Pn. Hajah Rokiah Abdullah ketika itu. Skop akreditasi yang terlibat adalah ujian penentuan kandungan sulfat terlarut asid (SO3), klorida terlarut asid (Cl) dan pH dalam sampel tanah.

 

Written by : ruddey