TAKLIMAT RINGKAS GEMPA BUMI DI TIMPOHON

 TAKLIMAT RINGKAS GEMPA BUMI DI TIMPOHON

KUNDASANG, RANAU, SABAH (09 MAC 2018) : JUMAAT, satu taklimat ringkas berkaitan kejadian gempa bumi (gegaran) yang berlaku pada 08 Mac 2018 (Khamis) sekitar jam 9.05 malam semalam telah disampaikan oleh En. Bailon Golutin selaku Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan kepada Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Anggota PDRM, Anggota Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di lokasi Timpohon, Taman Negara, Kundasang pada hari ini.

Taklimat ringkas ini bertujuan bagi memberikan pendedahan sedikit berkaitan apa yang berlaku pada malam semalam dan sentiasa beringat serta memastikan keselamatan penduduk sejagat kerana kejadian seperti ini sukar dijangka bila ianya berlaku.

Sumber maklumat : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

Sumber foto : En. Ramle bin Kalaham

gempa

gempa1

gempa2

 

Written by : Suriani Ramlee