MESYUARAT 'MANAGEMENT REVIEW' MS ISO/IEC 17025:2005

MESYUARAT 'MANAGEMENT REVIEW' MS ISO/IEC 17025:2005

KOTA KINABALU, SABAH (10 APRIL 2018) : SELASA, Mesyuarat β€˜Management Review’ MS ISO/IEC 17025:2005 Bil.1/2018 telah diadakan pada 10 April 2018 di Bilik Mesyuarat Nephrite, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah. Mesyuarat tersebut merupakan salah satu keperluan di bawah akreditasi SAMM MS ISO/IEC 17025:2005 dimana persijilan tersebut telah berjaya disambung oleh Unit Perkhidmatan Makmal pada penghujung tahun 2017.

Baca selanjutnya

LAWATAN KE PEJABAT JABATAN AIR DAERAH SANDAKAN, TAPAK PUNCA BEKALAN AIR BAWAH TANAH DAN PUSAT RAWATAN AIR SIBUGA, SANDAKAN.

LAWATAN KE PEJABAT JABATAN AIR DAERAH SANDAKAN, TAPAK PUNCA BEKALAN AIR BAWAH TANAH DAN PUSAT RAWATAN AIR SIBUGA, SANDAKAN.

SANDAKAN, SABAH (6 APRIL 2018) : JUMAAT

Satu lawatan telah dibuat ke Pejabat Jabatan Air Daerah Sandakan pada jam 2 petang tadi. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah JMG Sabah, En. Mohd. Yusop Bin Ramli. Sebelum bergerak ke tapak punca bekalan air bawah tanah di KSN02 dan Pusat Rawatan Air Sibuga, satu sesi taklimat ringkas berkenaan dengan air bawah tanah disampaikan oleh En. Segar, wakil kontraktor Jabatan Air Daerah Sandakan (Timatch Resources Sdn. Bhd). Turut hadir, Jurutera Daerah, En. Ishar Hamka dan beberapa kakitangan daripada Jabatan Air Daerah Sandakan. 

Baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG DI BEKAS LOMBONG TEMBAGA MAMUT, RANAU

GOTONG-ROYONG DI BEKAS LOMBONG TEMBAGA MAMUT, RANAU

RANAU, SABAH (04 APRIL 2018) : Rabu. Aktiviti gotong royong di sekitar kawasan bekas lombong tembaga Mamut telah dijalankan pada 03 April 2018 dan 04 April 2018. Aktiviti gotong royong ini diadakan bagi membersihkan kawasan-kawasan sekitar bekas lombong terutamanya di kawasan yang melibatkan tugasan-tugasan yang berkaitan dengan aktiviti pemantauan teknikal keselamatan, persampelan efluen, serta yang terlibat dengan perancangan kerja-kerja pemulihan. Aktiviti ini disertai oleh pelbagai agensi termasuklah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Ranau, Pejabat Daerah Ranau, Jabatan Kerja Raya Daerah Ranau dan Pejabat Perhutanan Ranau. Jabatan Perlindungan Alam Sekitar bertindak sebagai pengelola dalam menjayakan aktiviti ini. Di pihak jabatan, En. Tengku Zainal Abidin Raja Jaafar serta En. Arthur Leo terlibat dalam menjayakan program gotong royong ini.

Baca selanjutnya

MESYUARAT PENYELARASAN CADANGAN ULASAN LAPORAN PEMBANGUNAN GUNA TANAH DAN LATIHAN KERJA LAPANGAN

MESYUARAT PENYELARASAN CADANGAN ULASAN LAPORAN PEMBANGUNAN GUNA TANAH DAN LATIHAN KERJA LAPANGAN

SANDAKAN, SABAH (5 APRIL 2018) : KHAMIS, Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Ulasan Laporan Pembangunan Guna Tanah Dan Latihan Kerja Lapangan yang diadakan di Hotel Styles, Sandakan, telah bermula pada pagi ini. Mesyuarat ini akan diadakan selama 3 hari dan dijangka selesai pada hari Sabtu bersamaan 7hb April 2018. Mesyuarat pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi mesyuarat iaitu pengarah JMG Sabah, En. Mohd Yusop Bin Ramli. Selesai ucapan daripada pengarah, mesyuarat diteruskan dengan taklimat yang pertama yang disampaikan oleh Dr. Frederick F. Tating dengan tajuk Penyediaan Laporan Geologi Kejuruteraan.

Baca selanjutnya