BICARA SANTAI BERSAMA YBHG. DATUK HAJI SHAHAR EFFENDI BIN ABDULLAH

BICARA SANTAI BERSAMA YBHG. DATUK HAJI SHAHAR EFFENDI BIN ABDULLAH

Jumaat, 6 Mac 2018 – JMG Sarawak telah berkesempatan untuk meraikan Majlis Bicara Santai bersama YBhg. Datuk Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Majlis ini telah dihadiri oleh semua kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Sarawak.

Majlis Bicara Santai ini diadakan sempena pra-Majlis Perasmian Telaga Tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPTAR) di SMK Senibong, Lundu, Sarawak yang bakal diadakan pada 7 Mac 2018. Dalam majlis bicara santai bersama YBhg. Datuk Haji Shahar Effendi, warga Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Sarawak telah mengutarakan isu-isu berkaitan perjawatan, peruntukan dan lain-lain isu untuk makluman dan tatapan semua.

 

Walaupun tempoh majlis adalah singkat, YBhg. Datuk Ketua Pengarah telah memberi pencerahan serta maklumbalas yang amat meyakinkan berhubung isu-isu dikemukakan. Beliau amatlah berharap agar kerjasama dikalangan warga JMG dipupuk dan silatturahim dikekalkan agar JMG sentiasa bergerak ke arah penambaikan dan kejayaan berterusan.

3a

2

2a

3a

4

3

Group

 

Written by : Marina M