BLASTING TECHNICAL SEMINAR

BLASTING TECHNICAL SEMINAR

Telah berlangsung Blasting Technical Seminar anjuran bersama Austin Powder Malaysia Sdn. Bhd., Welwish Dynamic (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Persatuan Kuari Sarawak (Sarawak Quarries Association, SQA) pada 30 - 31 Januari 2024, Selasa - Rabu, di Hock Lee Hotel & Residences, Kuching, Sarawak.

Seminar tersebut telah dihadiri oleh kakitangan Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak,Β Polis Kontijen Sarawak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pemain industri kuari di Sarawak.

Semasa seminar itu juga satu demonstrasi letupan menggunakan peledak elektronik (electronic detonators) telah diadakan pada 31 Januari 2024, Rabu, di Pludec Stones & Construction Sdn. Bhd., Bau dan merupakan peledak elektronik yang pertama digunakan di Sarawak.

Written by : khalid@jmg.gov.my