LAWATAN TAPAK KE KAMPUNG LERENG BUKIT DAN BUKIT KANADA, MIRI, SARAWAK

LAWATAN TAPAK KE KAMPUNG LERENG BUKIT DAN BUKIT KANADA, MIRI, SARAWAK

Bandaraya Miri yang terletak di pantai barat laut Kepulauan Borneo merupakan bandaraya kedua terbesar di Sarawak. Salah satu tarikan pelancong di Bandaraya Miri ialah di Bukit Kanada atau lebih dikenali sebagai Canada Hill dan di situ terletaknya salah satu daripada monumen penting sejarah Sarawak iaitu The Grand Old Lady. Bagaimanapun, Bukit Kanada yang terletak di kawasan tanah tinggi berhadapan dengan masalah tanah runtuh dan menimbulkan bahaya kepada pelancong dan penduduk sekitarnya.

Pada 6 Januari 2018, satu kejadian tanah runtuh yang membabitkan mangsa 6 keluarga iaitu seramai 20 orang mangsa di kawasan Kpg. Lereng Bukit. Mangsa-mangsa tersebut dipindahkan sementara di Dewan Serbaguna Kpg. Lereng Bukit. Disebabkan kejadian tersebut, JMG Sarawak telah diarahkan untuk menjalankan siasatan tapak.

Pada 11 hingga 12 Januari 2018, Aktiviti Geologi Kejuruteraan JMG Sarawak yang diketuai oleh En. Edward Muol, En. Zaidi bin Daud, Pegawai Geosains daripada JKR Malaysia (Cawangan Kejuruteraan Cerun), JPAM dan Bomba, JAS, NREB dan Agensi-agensi tempatan telah mengadakan lawatan ke kawasan tanah runtuh di Bukit Kanada, Miri. Di antara kawasan yang dititikberatkan adalah kawasan tanah runtuh di Kpg. Lereng Bukit, kawasan berisiko tanah runtuh dan kawasan tebing runtuh berhampiran RTM Miri. 

Berdasarkan kajian JMG Sarawak, kawasan tersebut berisiko tinggi untuk berlakunya tanah runtuh kerana ia terletak di kawasan sesar serta terdapatnya gelinciran tanah dari kawasan tadahan air yg lebih tinggi dari kawasan kampung lereng bukit. Penggunaan drone telah dilakukan bagi memudahkan pemantauan di kawasan tanah runtuh Kpg. Lereng Bukit, Miri.

Puan Angela Ee, Pegawai Geosains JMG Sarawak juga telah memberi taklimat dari aspek geologi berkenaan kawasan runtuhan tersebut kepada YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak dan Puan Sherrina Binti Husaini, Residen Bahagian Miri pada 12 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Miri.

3

BM

IMG-20180113-WA0008

Written by : Marina M