MAJLIS PELANCARAN TELAGA TIUB DAN PROGRAM KOMUNITI BERSAMA NRE

MAJLIS PELANCARAN TELAGA TIUB DAN PROGRAM KOMUNITI  BERSAMA NRE

Kpg. Sampadi, Lundu, 29 April 2018 - Satu Majlis Pelancaran Telaga Tiub & Program Komuniti bersama NRE telah diadakan di Kpg. Sampadi Lundu pada 29hb April 2018. Majlis ini adalah anjuran bersama oleh Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia, JKK Kpg. Sampadi Lundu dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sarawak. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, mantan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Yang Berhormat Datin Patinggi Datuk Amar Hajjah Jamilah Binti Haji Anu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N 3 Tanjung Datu, Yang Berbahagia Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, En. Enggong Aji, Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Sarawak, Kakitangan JMG Sarawak serta Ketua Jabatan beberapa agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, pemimpin-pemimpin masyarakat dan komuniti di sekitar Kpg. Sampadi Lundu. 
 

 

Penyiasatan hidrogeologi dan kajian geofizik di sekitar Kpg. Sampadi telah dijalankan oleh Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Sarawak untuk mengetahui dan mengenalpasti akuifer atau takungan air tanah. Penyiasatan ini dijalankan mulai pada awal tahun 2018. Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukan bajet sebanyak RM600,000.00 melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) untuk membiayai kos projek ini. Hasil kajian dan penyelidikan oleh Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Sarawak, mendapati air tanah di kawasan ini berpotensi untuk dibangunkan.

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah mendapat pujian kerana telah berjaya menemui punca air bawah tanah untuk dibangunkan sebagai salah satu sumber bekalan air bersih alternatif untuk kegunaan Kampung Sampadi Lundu. 

 

Dalam majlis ini, Datuk Seri juga menyerukan kepada semua penduduk Kampung Sampadi Lundu dan komuniti setempat agar menggunakan dan menjaga kemudahan yang disediakan ini sebaik mungkin supaya ianya dapat memberi manafaat yang berpanjangan.

 
1
2
3
4
5
6
7
8


Written by : Marina M